Wednesday 23 October 2013

cara nak masukan video kedalam blog

1 ) Login masuk ke blog anda,kemudian klik pada new post









2) cari ikon seperti gambar di bawah ni dan klik







3) klik "Choose a video to upload" untuk pilih video yang yang nak upload. Kemudian tekan upload







4) Jangka masa untuk upload video adalah berbeza pada setiap video yang nak upload, ia bergantung kepada sais video korang tu. sabor banyak2.....




5) Bila dah siap korang boleh tengok Preview dan publish


 Inilah hasilnya......



Jom try buat......







Thursday 4 April 2013


Mengapa Rasulullah Memilih Rumah Al-Arqam Sebagai Pusat Dakwah

Siapakah Arqam ibn Abi al-Arqam


Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam (الأرقم بن أبي الأرقم) (673-675) adalah seorang ahli perniagaan yang berpengaruh dari suku Makhzum dari Makkah. Dalam sejarah Islam, beliau orang ketujuh dari As-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang pertama menganut Islam). Rumah beliau terletak di bukit Safa, di mana para pengikut Nabi Muhammad belajar tentang Islam. Sebelumnya rumah al-Arqam ini disebut Dar al-Arqam (rumah Al-Arqam) dan setelah dia memeluk Islam akhirnya disebut Dar al-Islam (Rumah Islam). Dari rumah inilah madrasah pertama terbentuk. Al-Arqam juga ikut hijrah bersama dengan Nabi Muhammad ke Madinah.
Arqam ibn Abi al-Arqam, nama ayahnya Abdu Manaf ibn Asad al-Makhzumi, termasuk orang yang pertama masuk Islam. Beliau ikut dalam perang Badar dan juga ikut dalam semua peperangan yang diikuti oleh Rasulullah SAW, orangnya cerdas, rumahnya dijadikan oleh Rasulullah SAW sebagai markas dakwah di masa awal dakwahnya.
Baginda Rasulullah SAW pernah memberikan kepada Arqam sebilah pedang yang digunakannya saat perang Badar. Beliau juga melantiknya sebagai amil untuk mengumpulkan zakat dan sedekah. Beliau wafat di Madinah tahun 53 Hijriyyah, jenazahnya disembahyangkan oleh Saad ibn Abi Waqqas

RUMAH ARQAM
Kedudukan rumah Arqam terletak di bukit Sofa, yang kemudiannya dikenal dengan rumah al-Khaizaran. Tempat yang dimana Rasulullah SAW pernah bersembunyi kemudian dibangunkan masjid di atasnya. Di dalam rumah inilah Umar ibn Khattab dan beberapa sahabat yang lain masuk Islam. Rasulullah SAW sentiasa berada di tempat itu hingga genap jumlah kaum muslimin 40 orang. Rumah ini memiliki keutamaan, kerana pernah menjadi markas dakwah Rasulullah SAW, dalam melakukan aktiviti tarbiyah terhadap para sahabatnya yang tergolong assabiquunal awwalun.

KENAPA RASULULLAH SAW MEMILIH RUMAH ARQAM?

Al-Mubarakfuri menyebutkan alasan kenapa Rasulullah SAW memilih rumah ini menjadi markas dakwahnya selama sebulan. Rasulullah SAW masuk ke rumah ini pada tahun kelima hijriyyah:
Berikut beberapa alasan kenapa Rasulullah SAW memilih rumah ini:
v  Kerana keIslaman Arqam tidak ada yang mengetahui.
v  Kerena beliau dari suku Bani Makhzum yang merupakan musuh dari Bani Hasyim, sehingga mereka beranggapan Rasulullah SAW bersembunyi di markas musuhnya.
v  Kerana ketika Arqam masuk Islam umurnya masih sangat muda sekitar 16 tahun. Dengan usia yang semuda ini tidak mungkin orang Quraiy menjadikannya pusat perhatian mereka, karena perhatian mereka biasanya tertumpu kepada kibar al-sahabah (sahabat-sahabat yang besar).
v  Kerana kedudukan rumah ini dekat dengan bukit Sofa, sehingga aktiviti mereka tidak begitu disedari oleh orang-orang Quraisy.

Monday 1 April 2013


Wahyu Pertama Rasulullah
Apabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun, Jibril turun membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan. Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam Kitab Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau:
Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti cahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk berkhulwah (bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua Hira. Baginda beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui keluarganya bagi mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya. Kemudian Baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan yang seumpamanya. Sehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di Gua Hira. Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata:
Bacalah. Baginda berkata: Aku tidak tahu membaca. Baginda menceritakan: Maka dia memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan. Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata lagi: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali kedua sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian dia melepaskan aku seraya berkata:
ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ   t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ   ù&tø%$# y7š/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ   Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ   zO¯=tæ z`»|¡SM}$# $tB óOs9 ÷Ls>÷ètƒ ÇÎÈ
Maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-Alaq: 1-5)
Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar. Baginda mendapatkan Khadijah binti Khuwailid r.ha. seraya berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijah segera menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku." Lantas Khadijah berkata: "Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang hak."
Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau juga boleh menulis dalam bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah. Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata: "Wahai sepupuku, dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu." Maka Waraqah bertanya kepada Baginda: "Wahai anak sahabatku, apa yang kamu lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apa yang telah dilihatnya. Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu, iaitu Jibril) yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar." Lantas Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?" Dia berkata: "Ya. Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku." Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti sementara waktu.
Dalam riwayat Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq disebut: Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda sedang tidur di Gua Hira. Dia datang dengan membawa sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Jibril berkata: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melaluipena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5). Baginda berkata: "Maka aku membacanya. Kemudian, setelah selesai dia beredar, lalu aku terjaga daripada tidur. Seolah-olah tertulis dalam hatiku satu
tulisan." Baginda berkata: "Maka aku keluar (daripada gua itu) sehingga aku berada di tengah-tengah bukit. Aku dengar satu suara daripada langit berkata: "Wahai Muhammad, kamu adalah utusan Allah, aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Lantas aku mendongak kepalaku ke langit untuk melihat. Tiba-tiba (muncul) Jibril dalam bentuk seorang lelaki yang menyandarkan kedua-dua kakinya di ufuq langit. Dia berkata: "Wahai Muhammad, kamu adalah utusan Allah dan aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Aku tercegat melihatnya, tidak mara mahupun berundur. Aku memalingkan mukaku daripadanya di ufuq langit. Namun apabila aku memandang ke arah langit yang lain, aku tetap melihatnya juga. Aku terus tercegat berdiri, tidak ke depan mahupun ke belakang sehinggalah Khadijah mengutuskan utusan-utusannya mencariku.... (hingga akhir riwayat).

Dakwah Secara Rahsia
Orang pertama yang beriman dengan Baginda dan memeluk Islam ialah isteri Baginda, Khadijah r.ha., kemudian sepupu Baginda, Ali r.a.. Ketika itu Ali masih kanakkanak berumur 10 tahun. Kemudian diikuti pula oleh bekas hamba Baginda, Zaid bin Harithah. Kemudiannya Abu Bakar as-Siddiq r.a.. Hamba sahaya yang mula-mula sekali memeluk Islam ialah Bilal bin Rabah al-Habsyi. Oleh itu, Khadijah merupakan orang yang pertama beriman dengan Baginda secara mutlak. Rasulullah s.a.w. telah bersembahyang bersamanya pada petang hari Isnin. la merupakan hari pertama Baginda bersembahyang. Solat ketika itu dilakukan dua rakaat di waktu subuh dan dua rakaat di waktu petang.
Kemudian wahyu terhenti untuk seketika. Berlaku perselisihan riwayat tentang tempohnya. Yang paling lama ialah tiga tahun dan paling singkat ialah enam bulan. Riwayat enam bulan itulah yang sahih. Ketika tempoh terputusnya wahyu, Rasulullah s.a.w. merasa susah hati dan amat dukacita, sehingga Baginda hampir-hampir keluar ke kawasan bukit dan ingin menghumbankan diri daripada puncaknya. Baginda menyangka Allah telah membencinya setelah memilihnya untuk tugas risalah yang mulia.
Selepas itu, wahyu kembali turun kepada Baginda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Ayat: "hampir-hampir menghumbankan diri daripada kemuncak bukit kerana dukacita wahyu terhenti sekalipun terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dalam kitab sahihnya, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansori, daripada Nabi s.a.w.:
Ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar satu suara daripada langit. Aku mengangkat pandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yang telah datang kepada aku di Gua Hira'. Malaikat itu sedang duduk di atas kerusi di antara langit dan bumi. Aku merasa takut kepadanya, lantas aku pulang. Aku berkata: Selimutkan aku. Maka Allah Taala telah menurunkan:
$pkšr'¯»tƒ ãÏoO£ßJø9$# ÇÊÈ   óOè% öÉRr'sù ÇËÈ   y7­/uur ÷ŽÉi9s3sù ÇÌÈ   y7t/$uÏOur öÎdgsÜsù ÇÍÈ   tô_9$#ur öàf÷d$$sù ÇÎÈ
Maksudnya: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan
amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah
kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan
segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
(Al-Muddathir: 1-5)

Dakwah Secara Terang-Terangan
Selepas itu, Rasulullah s.a w. mula berdakwah kepada Islam di kalangan orang yang dipercayai (kerasionalan) akalnya selama tiga tahun cukup. Hasilnya, beberapa orang lelaki dan wanita yang terkenal dengan pemikiran yang matang dan jiwa yang sejahtera, telah memeluk Islam. Setelah bilangan mereka yang memeluk Islam mencapai kira-kira 30 orang, Allah memerintahkan Rasul-Nya s.a.w. untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Ini dinyatakan dalam firman-Nya:
÷íyô¹$$sù $yJÎ/ ãtB÷sè? óÚ̍ôãr&ur Ç`tã tûüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÒÍÈ
Maksudnya: “Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”
 (Al-Hijr: 94)
Ekoran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah peringkat menyakiti orang-orang mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti. Orang musyrik merasa bimbang apabila Rasul memperbodohkan pemikiran mereka, membongkar kecacatan tuhan-tuhan mereka dan mengemukakan agama baru kepada mereka. Agama itu mengajak kepada Tuhan yang Esa. Tuhan yang tidak dapat dilihat oleh mata dan pandangan, sedangkan Dia yang mengetahui hakikat pandangan mata. Dia juga Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mengetahui apa yang telah dan akan berlaku.
Dalam tempoh ini Rasul s.a.w. bersama orang-orang mukmin berhimpun secara sulit di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Al-Arqam bin Abi al-Arqam ketika itu telah memeluk Islam. Baginda membacakan ayat-ayat al-Quran al-Karim yang diterimanya kepada mereka di samping mengajar mereka hukum-hakam dan syariat agama yang telah diturunkan ketika itu.
Pada suatu hari, Rasul s.a.w. diperintahkan untuk memberi amaran kepada kaum keluarganya yang terdekat. Maka Baginda berdiri di bukit Sofa, menyeru satu persatu keluarga Quraisy. Baginda mengajak mereka kepada Islam dan meninggalkan penyembahan berhala. Baginda memotivasi mereka kepada syurga dan memberi amaran tentang neraka. Ekoran dakwah itu, Abu Lahab menengking Baginda: "Celaka kamu, adakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?" Quraisy ingin bertindak ke atas Rasul s.a.w., namun bapa saudara Baginda, Abu Tolib melindunginya. Beliau enggan menyerahkan Baginda kepada mereka. Setelah Quraisy beredar, Abu Tolib meminta Baginda untuk mengendur-kan dakwahnya. Baginda menyangka bapa saudaranya tidak lagi mahu membantunya, maka Baginda mengucapkan kata-katanya yang masyhur:
"Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di
sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan
urusan ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya, sehingga-lah Allah
memenangkannya atau aku binasa kerananya".
Selepas peristiwa tersebut, orang musyrik semakin hebat menyakiti Rasul s.a.w. dan para sahabat. Sehingga ada yang mati diseksa dan ada yang buta. Apabila Quraisy melihat orang-orang mukmin tetap teguh dengan aqidah mereka (sekalipun diseksa dan disakiti), mereka membuat keputusan untuk berunding dengan Rasul s.a.w.. Mereka menawarkan harta sebanyak mana yang Baginda mahu, atau melantik Baginda sebagai raja mereka. Namun Baginda menolak semua tawaran itu.
Melihatkan kedegilan dan penyiksaan berterusan Quraisy terhadap para sahabat, Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: "(Bagaimana) kalau sekiranya kamu keluar ke bumi Habsyah. Di sana ada seorang raja yang tidak menzalimi sesiapa yang tinggal di negerinya. (Kamu tinggal di sana) sehinggalah Allah menjadikan untuk kamu jalan keluar kepada kesulitan kamu ini." Oleh itu, para sahabat berhijrah ke sana untuk kali pertama seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita. Namun, selepas menerima khabar pengislaman Umar dan kejayaan Islam, mereka pulang kembali ke Makkah. Akan tetapi, tak lama kemudian mereka pergi semula ke Habsyah bersama orang-orang mukmin yang lain. Bilangan mereka dalam hijrah kali kedua ke Habsyah ini seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita.
Selanjutnya, orang-orang musyrik bertindak memboikot Rasulullah s.a.w., Bani Hasyim dan Bani Muttolib. Orang musyrik tidak lagi berjual beli, bernikah dan bergaul dengan mereka. Orang musyrik juga tidak menerima sebarang perdamaian daripada mereka. Pemboikotan itu berlanjutan selama dua atau tiga tahun. Rasul s.a.w. dan orang yang bersamanya berhadapan dengan kesulitan yang teruk kesan pemboikotan tersebut. Ia berakhir hasil usaha tokoh-tokoh Quraisy yang rasional.

Strategi Rasulullah Menyampaikan Visi
Nabi Muhammad s.a.w. mula melaksanakan visi pertama Baginda untuk megajak manusia menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan penyembahan berhala. Visi Rasullullah s.a.w. dikongsi oleh beberapa orang sahabat pada ketika itu secara rahsia. Cara ini dilakukan bagi mengelak tindakan buruk orang Quraisy yang begitu fanatik terhadap berhala-berhala ciptaan mereka sendiri.
Rasullullah ialah seorang pemimpin yang berstrategi apabila menyampaikan visinya ini secara berperingkat, iaitu terlebih dahulu kepada ahli keluarga terdekat, yang mahu menerima dan mempercayai ajarannya itu. Antara mereka ialah isteri Baginda, Khadijah binti Khuwailid, sepupu Baginda Ali bin Abi Talib, kemudiannya, Zaid bin Harithah, Abu Bakar bin Abu Quhafah, Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf, dan Saad bin Abi Waqash.
Konsep usrah juga diperkenalkan oleh Rasullullah s.a.w. dalam menyampaikan visinya. Ketika orang yang memeluk Islam melebihi tiga puluh orang lelaki dan perempuan, Rasullullah s.a.w. memilih rumah salah seorang daripada mereka, iaitu rumah Arqam bin Abi al-Arqam, sebagai tempat pertama mengadakan sesi usrah, untuk pembinaan diri dan pengajaran.
Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja memiliki visi yang jelas, tetapi berkongsi visinya itu bersama para sahabat melallui cara hidup Baginda dan sistem pendidikan tidak formal yang mantap, sehinggalah mereka memahami, menghayati, menjiwai dan seterusnya berazam mengaplikasikan visi tersebut.
Peter M. Serge dalam bukunya The Fifth Discipline berkata: “Kumpulan yang berjaya biasanya mereka yang mengamalkan perkongsian visi. Perkongsian visi mampu menaikkan semangat dan menjadikan manusia sanggup berkorban bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi...”
Ia menghilangkan semangat “keakuan” dalam diri seseorang dan sebagai gantinya melahirkan semangat “kekitaan”. Di samping itu, ia merangsang ke arah pembelajaran dan penguasaan ilmu kerana kedua-dua ini adalah penting bagi mencapai sesuatu visi.
Kesan daripada penghayatan dan pengamalan ini dapat kita lihat melalui ujian-ujian yang dihadapi para sahabat ketika berhadapan dengan pemimpin Quraisy yang mengetahui keislaman mereka.
Bilal bin Rabah  contohnya, ialah seorang hamba berkulit hitam kepada Umayyah bin Khalaf. Umayyah merupakan salah seorang musuh ketat Nabi Muhammad s.a.w. Setelah mengetahui bahawa hambanya telah memeluk Islam, dia menyeksa Bilal dengan membaringkannya di atas padang pasir yang panas dalam keadaan tidak berbaju. Dia kemudiannya meletak batu besar yang panas di atas dada Bilal dan berkata: “Aku tidak akan membebaskan engkau sehinggalah engkau mati seperti ini atau menolak agama Muhammad dan kembali menyembah Lata dan Uzza!” Walaupun menerima seksaan sebegitu hebat, Bilal menjawabnya hanya dengan perkataan yang membuktikan kukuhnya imannya iaitu: “Ahad! Ahad! (Allah itu Maha Esa).”
Orang ramai begitu kagum terhadap kegigihan hamba yang hitam ini. Seorang pendeta Arab, yang sedih melihat keadaan Bilal, telah berkata kepada Umayyah: “Demi Allah, jika kamu membunuhnya dalam keadaan demikian, aku akan jadikan kuburnya tempat keramat untuk dikunjungi oleh para penziarah.” Mendengar kata-kata itu, Umayyah bertindak lebih ganas dengan mengikat tali di leher Bilal dan diheret di atas jalan yang sangat panas.
Selain Bilal bin Rabah r.a., Ammar bin Yasir dan kedua-dua ibu bapanya juga menerima ujian yang berat dari Allah s.w.t. Mereka memeluk Islam ketika Nabi Muhammad s.a.w. memilih rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam sebagai pusat dakwah Islam. Etika kaum Musyrik mengetahui mereka sudah menganut agama Islam, penyembah-penyembah berhala itu tidak berhenti menyeksa dan menganiaya mereka. Walaupun seksaan itu sangat berat, Ammar sekeluarga tetap dengan pegangan dan iman mereka terhadap Allah s.w.t., sehinggalah bapanya Yasir dan ibunya Sumayyah dibunuh, yakni gugur syahid dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t.  


Wednesday 27 March 2013


KEHIDUPAN DAN DIDIKAN YANG DITERIMA OLEH RASULULLAH

·         Daripada Keturunan Yang Mulia
Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab. Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.
(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).

Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.
    
·         Tabah Menghadapi Ujian
Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w. telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telah disebut oleh al Quran al-Karim dengan firman Allah Taala:
öNs9r& x8ôÉgs $VJŠÏKtƒ 3ur$t«sù ÇÏÈ
Maksudnya:Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan?”
 (Ad-Dhuha: 6)

·         Kesihatan Jasmani Yang Kuat
Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.
   
·         Kecerdikan Baginda
Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda. Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, Baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorangpun anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa saudara Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttolib berkata: Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan.

·         Kecerdikan Baginda
Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya. Setiap kabilah ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram pent) sebagai hakim.
Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah niemegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan akal Baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah.

·         Kejujuran Baginda
Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilah yang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepada Baginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripada kaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk melamar Baginda.
Baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian. Kata-kata ini beliau ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekalikali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang berhak."
   
·         Cinta Kepada Pencipta
Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan (iaitu dilakukan dalam bulan Ramadhan.) kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.

·         Terpelihara dari Keseronokan Dunia
Rasulullah telah dipelihara oleh Allah daripada segala perbuatan yang melalaikan dan tidak berfaedah. Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

·         Bersungguh-sungguh Mencari Rezeki
Diriwayatkan secara sahih bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bekerja pada awal hidupnya sebagai seorangpengembala kambing. Dalam hadith sahih riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., Baginda pernah bersabda:
"Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Mekah dengan upah beberapa qirath."

·         Pergantungan Hanya kepada Allah Taala
Sejak permulaan lagi kehidupan Rasulullah dipenuhi dengan ujian yang banyak. Sesungguhnya Allah ingin agar hati Nabi s.a.w. tidak bergantung selain hanya kepada-Nya. Tidak kepada bonda, ayahanda, datuk bapa saudara mahupun tidak kepada harta, kekuasaaan dan kepada selainNya. Lantaran pergantungan sebegini merupakan antara elemen penting dalam pembinaan jatidiri Rasulullah. Sehingga Baginda tidak akan berkata: "Ayah... ayah." Namun baginda berkata: "Tuhanku... Tuhanku."

·         Berani di usia muda
Rasulullah telah menunjukkan keperibadianan yang berani sejak remaja lagi. Semasa umur Baginda s.a.w. 15 tahun terjadi Peperangan Fijar iaitu peperangan antara orang Quraish dan sekutu-sekutu mereka dengan Qays bn 'Aylan. Dalam peperangan ini, Rasulullah s.a.w. turut serta dan berperanan membekalkan anak panah kepada bapa-bapa saudaranya, iaitu mempersiapkan untuk mereka anak-anak panah untuk dipanah. [ Ibn Hisham ]











Menarik?