Abu Abdillah
al-Arqam bin Abi al-Arqam (الأرقم بن أبي الأرقم) (673-675) adalah
seorang ahli perniagaan yang berpengaruh dari suku Makhzum dari Makkah. Dalam sejarah Islam, beliau orang ketujuh dari As-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang
pertama menganut Islam). Rumah beliau terletak di bukit Safa, di mana para
pengikut Nabi Muhammad belajar tentang Islam.
Sebelumnya rumah al-Arqam ini disebut Dar al-Arqam (rumah Al-Arqam) dan setelah
dia memeluk Islam akhirnya disebut Dar al-Islam (Rumah Islam). Dari rumah
inilah madrasah pertama terbentuk. Al-Arqam juga ikut hijrah bersama dengan
Nabi Muhammad ke Madinah.
Arqam ibn Abi
al-Arqam, nama ayahnya Abdu Manaf ibn Asad al-Makhzumi, termasuk orang yang
pertama masuk Islam. Beliau ikut dalam perang Badar dan juga ikut dalam semua
peperangan yang diikuti oleh Rasulullah SAW, orangnya cerdas, rumahnya
dijadikan oleh Rasulullah SAW sebagai markas dakwah di masa awal dakwahnya.
Baginda Rasulullah
SAW pernah memberikan kepada Arqam sebilah pedang yang digunakannya saat perang
Badar. Beliau juga melantiknya sebagai amil untuk mengumpulkan zakat dan
sedekah. Beliau wafat di Madinah tahun 53 Hijriyyah, jenazahnya disembahyangkan
oleh Saad ibn Abi Waqqas
RUMAH
ARQAM
Kedudukan rumah Arqam terletak di
bukit Sofa, yang kemudiannya dikenal dengan rumah al-Khaizaran. Tempat yang
dimana Rasulullah SAW pernah bersembunyi kemudian dibangunkan masjid di atasnya.
Di dalam rumah inilah Umar ibn Khattab dan beberapa sahabat yang lain masuk
Islam. Rasulullah SAW sentiasa berada di tempat itu hingga genap jumlah kaum
muslimin 40 orang. Rumah ini memiliki keutamaan, kerana pernah menjadi markas
dakwah Rasulullah SAW, dalam melakukan aktiviti tarbiyah terhadap para
sahabatnya yang tergolong assabiquunal awwalun.
KENAPA
RASULULLAH SAW MEMILIH RUMAH ARQAM?
Al-Mubarakfuri menyebutkan alasan
kenapa Rasulullah SAW memilih rumah ini menjadi markas dakwahnya selama
sebulan. Rasulullah SAW masuk ke rumah ini pada tahun kelima hijriyyah:
Berikut beberapa alasan kenapa Rasulullah SAW memilih rumah
ini:
v Kerana keIslaman
Arqam tidak ada yang mengetahui.
v Kerena beliau
dari suku Bani Makhzum yang merupakan musuh dari Bani Hasyim, sehingga mereka
beranggapan Rasulullah SAW bersembunyi di markas musuhnya.
v Kerana ketika
Arqam masuk Islam umurnya masih sangat muda sekitar 16 tahun. Dengan usia yang
semuda ini tidak mungkin orang Quraiy menjadikannya pusat perhatian mereka,
karena perhatian mereka biasanya tertumpu kepada kibar al-sahabah
(sahabat-sahabat yang besar).
v Kerana kedudukan rumah ini dekat dengan bukit Sofa, sehingga aktiviti mereka tidak begitu disedari
oleh orang-orang Quraisy.
No comments:
Post a Comment